Sunday, August 23, 2009

Apabila ayahanda accident


Ketika hujan renyai semalam, petang 1Ramadhan, ketika sedang bersiap untuk mesyuarat, aku menerima sepatah mesej daripada adik yang sedang bersama keluarga ke Kuantan untuk bersama berbuka puasa.

"Abg Di, kitorang accident"

Berdebar, aku segera menelefon bertanya keadaan sebenar. Mak berkata segalanya masih selamat, cuma calar di bahagian hadapan kereta.

Segera penulis menuju ke rumah nenek, untuk bertemu keluarga di sana. 

"La Ilaha IllAllah, teruknya! Macamana boleh accident ni?"

"Abah terlelap masa memandu tadi, terlanggar lori kat depan," jawab Mak. Ada sedikit kaca tercucuk tangan Mak, dan Alhamdulillah yang lain semuanya selamat.

"Kenapa Abah balik daripada Permatang Pasir, bukan sekarang tengah sengit berperang ke?" getus hatiku. Memanglah terlelap, perjalanan dari Permatang Pasir ke Jengka dan kemudiannya ke Kuantan bukan jarak yang dekat.

Malam itu barulah segalanya terjawab. Abah berceramah panjang di Masjid Al-Fatah, tentang awal juzu' 3 surah Al-Baqarah.

254. Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa'at. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim. 

Kemudiannya dikuatkan seruan infaq itu dengan ayat daripada surah yang sama: 

245. Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan. 

Rupanya kepulangan Abah adalah semata-mata amanat dari medan perang yang memerlukan bantuan kewangan. Di sana PAS memerlukan kutipan dan sumbangan bagi menampung belanja warfare campaign di sana.

Dan bukanlah apabila Allah ingin meminjam harta kita bermaksud Allah berhajat, kerana sifat Allah itu al-Ghani; akan tetapi Allah ingin menggantikan harta kita dengan sesuatu yang lebih baik di sisiNya lantaran pemurahnya Allah.

Diumpamakan seorang jiran yang datang kerumah hendak meminjam cangkul. Lalu kita hulurkan cangkul kita, tumpul, pemegang yang reput dan sudah lama. Keesokan harinya jiran tersebut menggantikan dengan cangkul yang baru lantaran pemurahnya dia. Kalau begitu pemurahnya manusia, bagaimana pula dengan pemurahnya Allah? 

Kalau sudah dapat cangkul baru, jiran tersebut minta pinjam apa pun kita sanggup bagi pinjam.

Kalau dengan Allah?

Tak hairanlah ada dikalangan sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang menginfaqkan kesemua hartanya dan ada yang separuhnya, semata-mata untuk pulangan yang lebih baik. Inilah jual beli yang confirm untung!

10. Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? 

11. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. 

12. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. 

13. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. 








1 comment:

dentist 1st year said...

minat saed nursi ke???
ade buku die?? bleh share..
-arif alwan.. junior mu..

Antara mata dan Hati-HIJJAZ


Bila melihat alam yang indah ini
tidak terasa kebesaran Allah
Bila mendapat musibah lupa dirinya hamba
Nikmat yang datang tiada rasa darinya
Sepatutnya rasa malu kepadaNya
kerana anugerah kepada kita
membuat dosa rasa kekesalannya
Buta hati lebih merbahaya
Buta mata tidak nampak dunia
Buta hati tidak nampak kebenaran
Buta hati ditipu nafsu dan syaitan
Bahkan dilupakan saja
semua orang rasa bangga dengan dosa
bila menyebut neraka tidak terasa akan gerunnya
bila menyebut syurga tidak terasa akan nikmatnya
Itu membuktikan jiwa kita MATI atau BUTA

innassolaata kanat ala al-mu'minina kitaaban mauquta