Tuesday, June 16, 2009

Siapa sebenarnya Ya'juj dan ma'juj- Part 1

Allah taala menyebut di dalam Surah al-Kahfi ayat 83 - 98 tentang kisah perjalanan Dzulqarnain seperti berikut (mafhum):

Mereka bertanya padamu Muhammad tentang kisah Dzulqarnain, katakan : aku akan ceritakan padamu tentangnya
"Sesungguhnya kami telah memberinya kekuatan (kemudahan) di muka bumi dan kami memberinya jalan untuk mencapai segala sesuatu
Maka dia pun menuruti suatu jalan
Hingga dia sampai ketempat terbenam matahari, dan melihatnya terbenam didalam laut lumpur yang hitam dan mendapati terdapat disana satu kaum manusia.Kami berkata hai Dzulqarnain kau boleh menyiksa atau berlembut pada mereka
Berkata Dzulqarnain siapa yang berlaku kejam maka kami akan menyiksanya dan setelah dikembalikan pada Tuhannya, Tuhannya pun akan menyiksanya kelak dengan siksa yang amat pedih.
Adapun siapa yang beriman dan beramal soleh maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan dan kami akan berkata padanya dengan kata-kata yang menyenangkan
Lalu dzulqarnain menempuh jalan yang lain
Hingga beliau sampai di tempat matahari terbit, dia mendapati ia (matahari) terbit di atas kaum yang kami tidak jadikan pada mereka perlindungan daripadanya
Demikianlah, dan sesungguhnya ilmu kami meliputi apa yang ada padanya

Kemudian dia menempuh 1 jalan lagi
Hingga dia sampai di antara dua pergunungan, dia mendapati dihadapannya ada suatu kaum yang hampir tidak memahami percakapan (kerana bahasa mereka berlainan)
Mereka mengadu pada Dzulqarnain: Wahai Dzulqarnain, sesungguhnya kaum ya'juj dan ma'juj itu bangsa perosak di atas muka bumi, maka bolehkah kami mengganjari kamu supaya membuat suatu benteng antara kami dan mereka?
Dia berkata : Apa yang telah Tuhanku kurniakan padaku adalah baik. Maka bantulah aku daripada kekuatan manusia, maka aku akan jadikan diantara kamu dan mereka dinding.


Berilah aku ketulan-ketulan besi, hingga apabila telah sama tinggi besi dan gunung itu, beliau berkata tiuplah api pada besi itu. Sehinggalah ia menjadi merah seperti api, beliau berkata berilah aku tembaga mendidih akan aku tuangkan di atas besi itu.


Maka mereka (ya'juj ma'juj) tidak mampu mendakinya apalagi mengoreknya.


Berkata Dzulqarnain inilah rahmat daripada Tuhanku. Apabila tiba janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya luluh, dan adalah janji Tuhanku benar.




Dan di dalam ayat lain (Al-Anbiyaa' ayat 95-96)


Allah berfirman:
Sungguh, tidak akan kembali penduduk suatu negeri yang kami binasakan , mereka sesungguhnya tidak akan kembali
Hinggalah apabila dibukakan (tembok) Ya'juj & Ma'juj, dan mereka turun dari segala tempat yang tinggi.




Maha benarlah firman Allah Yang Maha Agung




Menurut tafsir al-Jalalayn, kawasan di antara dua pergunungan tersebut adalah dalam jajahan Turki, manakala tafsir Ibn Kathir mengatakan kaum ya'juj dan ma'juj akan mula-mula tiba di Turki apabila tembok diruntuhkan, merujuk kepada banjaran gunung terdekat disitu, yakni kawasan pergunungan Caucasus di utara Georgia. Merujuk kepada potongan ayat, Dzulqarnain juga telah tiba di kawasan lautan lumpur hitam yang kemungkinan besarnya merujuk kepada Laut Hitam. Cuma selepas itu, Dzulqarnain melewati kawasan timur(matahari terbit) di mana mereka tiada perlindungan daripadanya. Qatadah r.a meriwayatkan bahawa mereka dikhabarkan kaum itu ialah kaum zanj-BantuNegroids di timur Afrika.

Sebagaimana yang kebanyakan kita ketahui, bangsa manusia ini terbahagi kepada 3 bangsa yang utama; Caucasoid, Mongoloid dan Negroid. Syeikh Imran Hossein mengaitkan pergunungan . Ini berdasarkan kajian Johann Friedrich Blumenbach, seorang pakar human races. Beliau menamakan manusia eropah moden sebagai Caucasoid berdasarkan penemuan dan perbandingan diantara tengkorak manusia moden dan tengkorak fosil di pergunungan Caucasus. Ternyata tengkorak ya'juj dan ma'juj serupa dengan tengkorak bangsa eropah moden!

Mungkin terlintas di minda pembaca, "Eh? Ya'juj Ma'juj tu manusia ke? Bukan ke diorang tu raksasa? Bukan ke diorang tu makhluk perosak?"
Hakikatnya, Ya'juj Ma'juj memang adalah manusia, berdasarkan hadith Nabi SAW, mafhumnya: Allah memanggil semua anak Adam yang akan ke neraka, Nabi Muhammad berkata,daripada 1000 yang akan ke neraka, 999 adalah daripada Ya'juj Ma'juj dan hanya 1 daripada kalian.
Maka jelas di sini bahawa mereka itu pun Bani Adam seperti kita. Lagipun, dengan teknologi canggih kini, jika benar mereka itu raksasa, sudah tentu manusia kini dah menangkap dan menghapuskan mereka awal-awal..

Junjungan besar Nabi Muhammad SAW telah bersabda, dan diriwayatkan daripada 4 sumber di dalam Sahih Bukhari, mafhumnya, "celakalah bangsa arab! pada hari ini telah dilubangi benteng Ya'juj Ma'juj itu sebesar ini" lalu baginda Nabi menunjukkan dengan ibu jari dan jari telunjuknya.(muttafaq alaih, Bukhari 3347,7136, Muslim 2880)

Pada Kitab Muzhat al-Musytaq fi Ikhtiraq al-Afaq, karya al-Syarif al-Idrisi, halaman 934 -938 ada mengisahkan bagaimana khalifah al watsiq Billah menghantar Sallam sebagai perisik ke kawasan Caucasus pada zaman Abasiyyah. Ternyata segalanya binaan benteng tersebut telah runtuh. Kisah ini amat menarik dan penulis amat menggalakkan sahabat pembaca untuk turut sama mengkaji.

Bersambung....




Saturday, June 13, 2009

ROKOK VS INFAQ

Rokok Haram kerana pelbagai sebab-sebab yang telah banyak dibincangkan. Antaranya adalah pembaziran wang. Mari kita lihat sebanyak mana wang yang habis kerana merokok.

Kita cuba assume seorang perokok menghisap sekotak seminggu
Kita ambil harga termurah bagi 1 kotak rokok = RM5 (habis murah la)
Kita darabkan dengan setahun = RM 5 X 52 minggu = RM 260

Katakan dalam 1 DUN ada 500 ahli PAS merokok
Dalam 1 Negeri ada 40 DUN
Jumlah wang yang dibazirkan dalam setahun = RM 260 X 500 X 40
= RM 5 juta

Sedangkan PAS negeri sedang kesuntukan wang untuk membiaya pembinaan markaz-markaz tarbiyyah negeri...

Sedangkan para sahabat Nabi menyumbangkan seluruh hartanya untuk perjuangan
Kenapa lokek sangat kita sampai seringgit je sanggup menderma


MARILAH MENYUMBANG UNTUK ISLAM

Thursday, June 11, 2009

Respon kepada cadangan Kementerian Pelajaran

Bahasa Inggeris syarat lulus SPM?
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin Yassin telah mencadangkan agar subjek Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk mendapat kelulusan peperiksaan SPM. Menurut beliau, pelajar tidak serius mempelajari Bahasa Inggeris kerana ianya bukan merupakan syarat untuk lulus SPM.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, cadangan itu dilihat berat sebelah kerana subjek Pendidikan Islam tidak pula menjadi syarat kelulusan SPM. Cadangan tersebut juga disangkal memandangkan ia akan menyusahkan pelajar-pelajar luar bandar untuk lulus SPM.
Pada pandangan penulis, selayaknya isu PPSMI perlu diselesaikan terlebih dahulu oleh pihak kerajaan sebelum mencadangkan cadangan yang lebih memeningkan semua pihak. 7 tahun lepas, kedengaran keluhan guru-guru yang terpaksa mengajar subjek matematik dan sains menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Manakala buku teks dan buku rujukan dwibahasa pula diterbitkan, membebankan ibubapa pelajar dan pihak sekolah.
Pelajar-pelajar di Malaysia kini mencapai tahap kelulusan sekitar 70%, tanpa perlu lulus dalam subjek bahasa Inggeris. Dengan pelaksanaan cadangan eksperimen ini, tahap kelulusan pelajar luar bandar diramal akan jatuh merudum.Sebelum pelaksanaan cadangan bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM, pelajar yang tidak lulus SPM masih boleh mendapat kerja di syarikat-syarikat yang hanya mensyaratkan sijil SPM tanpa syarat lulus Bahasa Inggeris. Selepas pelaksanaan cadangan ini, pelajar-pelajar tersebut tidak akan diterima bekerja lagi, kerana gagal didalam SPM gara-gara kegagalan dalam subjek Bahasa Inggeris.Kadar pengangguran dalam negara akan bertambah dan bilangan pelajar yang menyambung pengajian ke IPTA dan IPTS akan mula berkurang, kesan daripada pelaksanaan cadangan ini.
Sebetulnya, masalah penguasaan Bahasa Inggeris bukanlah masalah yang terpenting dalam sistem pendidikan negara kita, tetapi apa yang lebih penting untuk diselesaikan adalah krisis moral dikalangan pelajar yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Pendekatan membentuk sahsiah dan akhlak pelajar perlu lebih utama ditekankan. Metodologi pelaksanaan sistem pendidikan negara seharusnya lebih memfokuskan ke arah memperkasakan nilai akhlak dan moral pelajar. Cara ini dilihat dapat meningkatkan sifat hormat pelajar kepada guru, mengurangkan kes-kes disiplin dan statistik jenayah juvana, membentuk masyarakat yang penyayang dan sekaligus memotivasikan pelajar-pelajar dan guru-guru agar lebih bersungguh-sungguh menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran.Antara cadangan yang baik bagi mengatasi krisis ini ialah pelaksanaan sistem pemarkahan akhlak dan moral bagi setiap pelajar. Penilaian boleh dibuat oleh guru tingkatan dan guru disiplin daripada tingkatan 1 lagi dan akan dibawa ke tingkatan 5 sebagai "carry mark" SPM dan disahkan Guru Penolong Kanan HEP dan Pengetua.
Metod ini ada dilaksanakan di universiti-universiti awam dan swasta sebagai rujukan pihak kementerian.
Penulis menyeru kepada pembaca yang prihatin agar turut menyampaikan pandangan dan saranan kepada Kementerian Pelajaran di 03-77237070 atau e-mel di kpkpm@moe.gov.my.

Saturday, June 6, 2009

Studi dan Studentlife-part 2

Alhamdulillah saya baru selesai menghadapi peperiksaan professional exam. Ayah saya baru sahaja terpilih sebagai naib presiden sebentar tadi. Masya Allah. Moga Allah membantu beliau dan menyusun langkah saya dalam jalan ini mengikut jejak langkah beliau ameen.

Berkenaan student life, saya dapati memang sukar dan seronok. Sukar kerana kita hidup dalam expectation yang menggunung dan seronok kerana rakan-rakan sama haluan dengan kita. Nikmat ukhwah ini memang amat saya hargai dan rasai, moga Allah lindungi ukhwah ini daripada sebarang persengketaan lagi Insya Allah.

Kembali kepada perbincangan berkisar cara studi yang efektif. Saya lahir dalam keluarga cikgu-pensyarah. Ibu saya mengajar, ayah saya mengajar. Saya dapati sebagai pengajar, kita perlu terlebih dahulu menguasai tajuk yang nak di ajar.

Hidup di universiti, terutamanya kursus kritikal sperti perubatan, pergigian, farmasi dan lain-lain memerlukan kerjasama dan tunjuk ajar rakan-rakan selalu. Tanpa rakan-rakan, memang hampir mustahil untuk seseorang survive. Di sini saya ingin menceritakan kaedah studi untuk subjek-subjek tahun 1 pergigian- anatomy, physiology dan biochemistry yang saya pernah amalkan dan ada yang tak terbuat pun, tapi memang nak buat...(-_-"). Moga guide ini boleh jadi rujukan buat adik-adik dan rakan-rakan sekalian..

1. Anatomy
Ini subjek favourite saya. Barangkali sebab otak seni saya ligat sikit daripada otak matematik. Anatomy berkisar tentang struktur tubuh badan kita, segala kaitan dengan fungsi dan aplikasi klinikal, dan subjek ini amat detail. Tapi cara belajar subjek ini amat mudah. Satu saja caranya - FOKUS DALAM KELAS. Dalam kelas, pensyarah akan menyebut segala maklumat yang ada dalam benak beliau, dan banyak juga yang beliau tidak tulis dalam nota syarahan. Sebab itu amat penting untuk fokus. Pensyarah juga adalah manusia, punya hati dan perasaan. Jika pelajar tidak fokus, bercakap dan bergurau, akan terdetik di hati mereka, "xbest ke aku mengajar?"..

+ini tips saya bagi setiap awal tahun pengajian=> cuba pikat perhatian pensyarah pada anda. Buat mereka kenal anda, cam anda sehingga boleh menyebut nama anda, itu sudah cukup. (walaupun ada lecturer foreigner yang sebut macam brada baed atau badiujjaman,OK la tu!)
Dengan pensyarah mengenali anda sebagai seorang pelajar beliau, mudah ilmu masuk kedalam hati. Jika beliau sayang kepada anda, lagi mudah untuk anda kuasai subjek tersebut. Tapi ada drawback juga, ini akan memupuk minat pensyarah untuk bertanya soalan kepada anda di dalam kelas, dan pensyarah akan meletakkan harapan tinggi kepada anda sewaktu peperiksaan.
Tapi itulah yang menggerakkan anda supaya terus mengulangkaji dan bersedia untuk kelas seterusnya, kan?

Anatomy mempunyai pelbagai teknik belajar. Buat nota sendiri, berwarna warni agar mudah recalling (yang ni saya tak pernah berjaya buat). Mnemonics yang berimpak dan perlu diulang selalu. Kalau tak, anda hanya akan ingat mnemonic sahaja (ada pengalaman ngeri dalam pre-pro!!). Antara kaedah memori yang baik adalah imaginatif sequential keywords. Saya paling banyak menggunakan kaedah ini sebab mungkin serasi bagi saya.

Contoh imaginatif sequential keywords saya seperti berikut:
senaraikan semua synovial joints
plane hinge pivot condyle saddle ellipsoidal ball and socket
bayangkan sebuah kapal terbang (plane). buka pintunya (hinge).anda ternampak pilotnya (pivot) yng memakai sandal (saddle) bernama Elliot (ellipsoidal) sedang mengawal kapal terbang menggunakan joystick berbentuk (condyle). bentuk kokpit kapal terbang itu ialah bulat (ball and socket)

Dengan cara ini juga saya gunakan untuk ingat barang yang ibu saya pesan untuk dibeli.
ayam mee kuning santan perencah kari sawi
bayangkan saja apa yang beliau boleh hasilkan dengan barang-barang tersebut= mee kari!
kalau ada bahan lain, macam plastik sampah atau susu adik, imagine saja mee kari yang dibungkus dengan plastik sampah(?!) atau mee kari susu.Huhu.

Saya percaya rakan-rakan boleh faham kaedah ini. Disamping itu mnemonic dan formula hafalan anda perlulah di huraikan pada rakan anda untuk disemak kesahihannya. Antara lain, kaedah yang terbaik, yang pernah saya huraikan dalam post lepas, adalah melalui recall semula topik yang dipelajari sebelum 24 jam berlalu. Cara recall terbaik ialah mengajar. Cuba huraikan semula apa yang diajar kepada rakan-rakan sebilik. Dalam bahasa melayu jika untuk kefahaman bersama (atau bahasa klate atau tranung?!) dan bahasa inggeris untuk membiasakan dengan bahasa inggeris sebagai persediaan PBL atau viva.

DAH zohor. saya adjourn dulu. sambung dalam post akan datang. Wassalam.

Teori konspirasi

Assalamu alaikum wbt smua



SETELAH sekian lama tidak menulis akibat pelbagai kekangan, akhirnya saya berkesempatan juga untuk mengarang. Alhamdulillah..


Kebelakangan ini, saya banyak meneroka laman-laman dan buku-buku teori konspirasi dunia, dan banyak buku sejarah, rujukan daripada al-Quran dan Biblical references, video-video dokumentari, dan lain-lain.


Rupanya, dunia kita ini panjang sungguh kisah silamnya. Bagaimana kisah Allah menghantarkan para nabi-nabi dan rasl-rasul pada setiap umat manusia, untuk menghalang daripada disesatkan, dan bagaimana bersungguh-sungguhnya syaitan dan iblis laknatullah sedaya-upaya menyesatkan manusia.


InsyaAllah, saya cuba senaraikan beberapa teori konspirasi yang agak hangat dibincangkan di internet sekarang, dan beberapa kisah sampingan dalam posts akan datang.


1.Teori daripada The Arrivals, Hashemfilms dll

The Arrivals adalah 1 set video dokumentari yang membincangkan beberapa teori konspirasi, perbincangan tentang agenda anti-christ, dan peperangan akhir zaman. Berdasarkan daripada hujah-hujah yang dilampirkan, The Arrivals karya Noreaaga cuba mengetengahkan suatu hipotesis; peperangan Armageddon sepertimana yang kita faham sebagai perang dunia ketiga (atau keempat) bukanlah antara Islam melawan Kristian dan Yahudi, tetapi lebih merupakan perang antara penyembah Allah dan penyembah Lucifer atau pengikut al-Masih Dajjal. Karya The Arrivals ini sungguh menarik untuk dikaji dan diteliti, sebagi persediaan para mujahid tentera Allah dalam berdepan dengan saraf pihak musuh.

Menurut the Arrivals, pada peperangan Amageddon nanti, tentera Allah akan dipimpin oleh al-Mahdi yang merupakan keturunan Nabi Muhammad dan Nabi Isa, yakni percantuman semula zuriat Nabi Ibrahim daripada kedua-dua Nabi Ismail dan Ishak. Manakala tentera kuffar dipimpin ad-Dajjal, hasil gabungan golongan elit dimensi manusia dan golongan elit dimensi syaitan.

Daripada siri video ini, banyak dibincangkan method dan identiti pelbagai kumpulan-kumpulan dan organisasi elit seperti illuminati, freemasonry,bohemian grove dan sebagainya. Identiti mereka juga ada dikaitkan dengan dinasti pemerintahan firaun dan namrud. Diskusi dan pendedahan yang dibuat amat menarik dan mengejutkan. Siri ini mudah didapati di youtube dan daripada link - thearrivals.blogspot.com/

2. Teori Sumerian VS Aryan

Diskusi tentang teori ini lebih classified dan rare. Banyak references telah dicover-up oleh pelbagai agensi kerajaan seluruh dunia. Daripada apa yang dapat saya kutip dan simpulkan, pada awal tamadun manusia, sewaktu sebelum banjir besar Nabi Nuh lagi, terdapat 2 tamadun paling utama di dunia, Tamadun Sumeria di lembah tigris euphrates dan Tamadun Arya di lembah Indus. 2 Tamadun ini saling bertelagah dimana kaum aryan beragama hindu manakala kaum sumeria yang pernah berhubung dengan semites beragama langit (dengan pelbagai deviation dari masa ke semasa). Teori ini cuba mengungkit pelbagai konflik dan pertembungan dua tamadun besar ini hingga kepada krisis holocaust dan genocide yang kononnya merupakan dendam daripada 2 tamadun purba ini. Hitler katanya merupakan keturunan Aryan yang cuba membasmi golongan semites dan sumerians yang didakwa sebagai hasil gagal teori evolusi.

3.Teori reptilian daripada David Icke

Sewaktu first encounter saya dengan teori ini, saya amat terperanjat. Menurut David Icke, golongan elit di dunia ini dikawal reptilia yang berubah rupa daripada sistem galaksi alpha draconis. Menurut beliau, makanan reptilia ini adalah rasa takut dan huru-hara. Pada saya teori ini memang tidak masuk akal kecuali beberapa aspek menarik yang cuba beliau bawa. Menurut beliau, kewujudan makhluk reptilia ini telah muncul beribu-ribu tahun yang lampau. Tamadun China dan Jepun mengiktiraf kewujudan Loong atau ShenLong sebagai dewa ular. Tamadun Hindu dan Buddha sekitar India dan Asia tenggara percaya akan kewujudan Naga yang boleh berupa manusia (recall naga tasik chini,naga kayangan dll). Begitu juga di lain-lain tempat di dunia dalam bentuk medusa, naga terbang, ular besar dll. Nabi Muhammad ada menyebut (mafhum) dikalangan jin ada yang berupa ular, anjing dan berterbangan di udara. Pada saya, boleh jadi sahaja teori ini ada huraian yang lebih baik.

4. Teori Planet X Nibiru 2012

Teori ini mengisahkan hasil ramalan puak Mayan yang menyebut akhir planet Bumi ini adalah pada tarikh 21 Disember 2012. Ramalan puak Mayan ini memang terkenal dengan perincian dan ketepatannya. Wallahu A`lam sejauh mana kebenarannya. Teori ini menyebut Planet X atau Nibiru merupakan planet ke 10 dalam sistem solar kita. Orbit planet ini berbentuk epliptikal dan melintangi orbit planet-planet lain. Pada 2012 katanya, planet ini akan berada dekat dengan bumi sehingga mampu mengganggu status kutub bumi, menyebabkan bumi akan berputar daripada arah berlawanan. Menurut beberapa sumber, puak Mayan juga berasal daripada Planet Nibiru dan Planet ini juga disahkan kewujudannya oleh pelbagai pihak astronomer. Lokasi planet ini disembunyikan di google earth tetapi boleh dilihat menggunakan perisian lain.

5. Teori Nephilim Rapheim dll

Teori ini mungkin agak asing di mata rakan-rakan, tetapi amat popular dikalangan masyarakat kristian dan yahudi. Menurut Genesis (perjanjian lama), the fallen angels telah membenihkan golongan gergasi di bumi melalui rahim manusia. Sebanyak 409,000 gergasi ini kemudiannya dimusnahkan Allah dalam kisah Banjir Nabi Nuh. Saki baki yang tinggal kebanyakannya menjadi pahlawan dan perwira yang kuat, menjadi raja dan pemerintah berkuasa, sehingga menjadi lagenda di seluruh pelusuk dunia. Di Yunani purba kita ada mendengar kisah Hercules, Zeus, Dionysus dan lain-lain sebagai demigods. Di mesopotamia, kisah annunaki dalam epik gilgamesh, dalam lagenda hindu terdapat hikayat krishna dan pelbagai lagi kisah gergasi seluruh dunia. Bagi rakan-rakan kelate mungkin ada terdengar dongeng-dongeng jin sejuta alam, hikayat hanuman dll daripada wayang kulit.Daripada nephilim ini juga, pemerintah terkenal seperti puak amonites,firaun,namrud terhasil.Mereka ini kemudiannya setelah beberapa ketika menjadi pemerintah dunia moden seperti Ratu Britain, presiden Amerika, golongan mason dan lain-lain. Bible juga berkongsi sebuah kisah dengan al-Quran tentang gergasi. Sewaktu Nabi Musa membawa Bani Israel ke tanah yang dijanjikan, Bani Israel menyebut kewujudan Qaum Jabbarin, (Bible menyebut nephilim).

Minat mendalam saya pada kajian anthropology dan sejarah peradaban dunia menemukan saya pada pelbagai teori ini. Dalam ilmu perbandingan agama, isu-isu seperti teori konspirasi dunia juga perlu dikuasai para du`at dalam persediaan berdakwah. Isu-isu berkaitan tanda-tanda besar qiamat pula amat penting buat persediaan kita umat Islam. Semoga usaha saya menyediakan sedikit hasil kajian saya menimbulkan minat rakan-rakan du`at untuk terus menggali dan meneroka rahsia umat terdahulu sebagai teladan bersama.

Ingin saya nyatakan di sini, apa yang di senaraikan di atas bukanlah fakta tetapi hanyalah teori-teori, hipotesis-hipotesis yang disandarkan pada bukti-bukti yang tidak seberapa. Yang mengetahui hakikatnya hanya Rabb yang menciptakan segala sesuatu. Saya buka kepada sebarang perkongsian dan komen saran yang membina, Insya Allah


Antara mata dan Hati-HIJJAZ


Bila melihat alam yang indah ini
tidak terasa kebesaran Allah
Bila mendapat musibah lupa dirinya hamba
Nikmat yang datang tiada rasa darinya
Sepatutnya rasa malu kepadaNya
kerana anugerah kepada kita
membuat dosa rasa kekesalannya
Buta hati lebih merbahaya
Buta mata tidak nampak dunia
Buta hati tidak nampak kebenaran
Buta hati ditipu nafsu dan syaitan
Bahkan dilupakan saja
semua orang rasa bangga dengan dosa
bila menyebut neraka tidak terasa akan gerunnya
bila menyebut syurga tidak terasa akan nikmatnya
Itu membuktikan jiwa kita MATI atau BUTA

innassolaata kanat ala al-mu'minina kitaaban mauquta