Showing posts with label kajian. Show all posts
Showing posts with label kajian. Show all posts

Tuesday, June 16, 2009

Siapa sebenarnya Ya'juj dan ma'juj- Part 1

Allah taala menyebut di dalam Surah al-Kahfi ayat 83 - 98 tentang kisah perjalanan Dzulqarnain seperti berikut (mafhum):

Mereka bertanya padamu Muhammad tentang kisah Dzulqarnain, katakan : aku akan ceritakan padamu tentangnya
"Sesungguhnya kami telah memberinya kekuatan (kemudahan) di muka bumi dan kami memberinya jalan untuk mencapai segala sesuatu
Maka dia pun menuruti suatu jalan
Hingga dia sampai ketempat terbenam matahari, dan melihatnya terbenam didalam laut lumpur yang hitam dan mendapati terdapat disana satu kaum manusia.Kami berkata hai Dzulqarnain kau boleh menyiksa atau berlembut pada mereka
Berkata Dzulqarnain siapa yang berlaku kejam maka kami akan menyiksanya dan setelah dikembalikan pada Tuhannya, Tuhannya pun akan menyiksanya kelak dengan siksa yang amat pedih.
Adapun siapa yang beriman dan beramal soleh maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan dan kami akan berkata padanya dengan kata-kata yang menyenangkan
Lalu dzulqarnain menempuh jalan yang lain
Hingga beliau sampai di tempat matahari terbit, dia mendapati ia (matahari) terbit di atas kaum yang kami tidak jadikan pada mereka perlindungan daripadanya
Demikianlah, dan sesungguhnya ilmu kami meliputi apa yang ada padanya

Kemudian dia menempuh 1 jalan lagi
Hingga dia sampai di antara dua pergunungan, dia mendapati dihadapannya ada suatu kaum yang hampir tidak memahami percakapan (kerana bahasa mereka berlainan)
Mereka mengadu pada Dzulqarnain: Wahai Dzulqarnain, sesungguhnya kaum ya'juj dan ma'juj itu bangsa perosak di atas muka bumi, maka bolehkah kami mengganjari kamu supaya membuat suatu benteng antara kami dan mereka?
Dia berkata : Apa yang telah Tuhanku kurniakan padaku adalah baik. Maka bantulah aku daripada kekuatan manusia, maka aku akan jadikan diantara kamu dan mereka dinding.


Berilah aku ketulan-ketulan besi, hingga apabila telah sama tinggi besi dan gunung itu, beliau berkata tiuplah api pada besi itu. Sehinggalah ia menjadi merah seperti api, beliau berkata berilah aku tembaga mendidih akan aku tuangkan di atas besi itu.


Maka mereka (ya'juj ma'juj) tidak mampu mendakinya apalagi mengoreknya.


Berkata Dzulqarnain inilah rahmat daripada Tuhanku. Apabila tiba janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya luluh, dan adalah janji Tuhanku benar.




Dan di dalam ayat lain (Al-Anbiyaa' ayat 95-96)


Allah berfirman:
Sungguh, tidak akan kembali penduduk suatu negeri yang kami binasakan , mereka sesungguhnya tidak akan kembali
Hinggalah apabila dibukakan (tembok) Ya'juj & Ma'juj, dan mereka turun dari segala tempat yang tinggi.




Maha benarlah firman Allah Yang Maha Agung




Menurut tafsir al-Jalalayn, kawasan di antara dua pergunungan tersebut adalah dalam jajahan Turki, manakala tafsir Ibn Kathir mengatakan kaum ya'juj dan ma'juj akan mula-mula tiba di Turki apabila tembok diruntuhkan, merujuk kepada banjaran gunung terdekat disitu, yakni kawasan pergunungan Caucasus di utara Georgia. Merujuk kepada potongan ayat, Dzulqarnain juga telah tiba di kawasan lautan lumpur hitam yang kemungkinan besarnya merujuk kepada Laut Hitam. Cuma selepas itu, Dzulqarnain melewati kawasan timur(matahari terbit) di mana mereka tiada perlindungan daripadanya. Qatadah r.a meriwayatkan bahawa mereka dikhabarkan kaum itu ialah kaum zanj-BantuNegroids di timur Afrika.

Sebagaimana yang kebanyakan kita ketahui, bangsa manusia ini terbahagi kepada 3 bangsa yang utama; Caucasoid, Mongoloid dan Negroid. Syeikh Imran Hossein mengaitkan pergunungan . Ini berdasarkan kajian Johann Friedrich Blumenbach, seorang pakar human races. Beliau menamakan manusia eropah moden sebagai Caucasoid berdasarkan penemuan dan perbandingan diantara tengkorak manusia moden dan tengkorak fosil di pergunungan Caucasus. Ternyata tengkorak ya'juj dan ma'juj serupa dengan tengkorak bangsa eropah moden!

Mungkin terlintas di minda pembaca, "Eh? Ya'juj Ma'juj tu manusia ke? Bukan ke diorang tu raksasa? Bukan ke diorang tu makhluk perosak?"
Hakikatnya, Ya'juj Ma'juj memang adalah manusia, berdasarkan hadith Nabi SAW, mafhumnya: Allah memanggil semua anak Adam yang akan ke neraka, Nabi Muhammad berkata,daripada 1000 yang akan ke neraka, 999 adalah daripada Ya'juj Ma'juj dan hanya 1 daripada kalian.
Maka jelas di sini bahawa mereka itu pun Bani Adam seperti kita. Lagipun, dengan teknologi canggih kini, jika benar mereka itu raksasa, sudah tentu manusia kini dah menangkap dan menghapuskan mereka awal-awal..

Junjungan besar Nabi Muhammad SAW telah bersabda, dan diriwayatkan daripada 4 sumber di dalam Sahih Bukhari, mafhumnya, "celakalah bangsa arab! pada hari ini telah dilubangi benteng Ya'juj Ma'juj itu sebesar ini" lalu baginda Nabi menunjukkan dengan ibu jari dan jari telunjuknya.(muttafaq alaih, Bukhari 3347,7136, Muslim 2880)

Pada Kitab Muzhat al-Musytaq fi Ikhtiraq al-Afaq, karya al-Syarif al-Idrisi, halaman 934 -938 ada mengisahkan bagaimana khalifah al watsiq Billah menghantar Sallam sebagai perisik ke kawasan Caucasus pada zaman Abasiyyah. Ternyata segalanya binaan benteng tersebut telah runtuh. Kisah ini amat menarik dan penulis amat menggalakkan sahabat pembaca untuk turut sama mengkaji.

Bersambung....




Antara mata dan Hati-HIJJAZ


Bila melihat alam yang indah ini
tidak terasa kebesaran Allah
Bila mendapat musibah lupa dirinya hamba
Nikmat yang datang tiada rasa darinya
Sepatutnya rasa malu kepadaNya
kerana anugerah kepada kita
membuat dosa rasa kekesalannya
Buta hati lebih merbahaya
Buta mata tidak nampak dunia
Buta hati tidak nampak kebenaran
Buta hati ditipu nafsu dan syaitan
Bahkan dilupakan saja
semua orang rasa bangga dengan dosa
bila menyebut neraka tidak terasa akan gerunnya
bila menyebut syurga tidak terasa akan nikmatnya
Itu membuktikan jiwa kita MATI atau BUTA

innassolaata kanat ala al-mu'minina kitaaban mauquta