Saturday, June 6, 2009

Teori konspirasi

Assalamu alaikum wbt smua



SETELAH sekian lama tidak menulis akibat pelbagai kekangan, akhirnya saya berkesempatan juga untuk mengarang. Alhamdulillah..


Kebelakangan ini, saya banyak meneroka laman-laman dan buku-buku teori konspirasi dunia, dan banyak buku sejarah, rujukan daripada al-Quran dan Biblical references, video-video dokumentari, dan lain-lain.


Rupanya, dunia kita ini panjang sungguh kisah silamnya. Bagaimana kisah Allah menghantarkan para nabi-nabi dan rasl-rasul pada setiap umat manusia, untuk menghalang daripada disesatkan, dan bagaimana bersungguh-sungguhnya syaitan dan iblis laknatullah sedaya-upaya menyesatkan manusia.


InsyaAllah, saya cuba senaraikan beberapa teori konspirasi yang agak hangat dibincangkan di internet sekarang, dan beberapa kisah sampingan dalam posts akan datang.


1.Teori daripada The Arrivals, Hashemfilms dll

The Arrivals adalah 1 set video dokumentari yang membincangkan beberapa teori konspirasi, perbincangan tentang agenda anti-christ, dan peperangan akhir zaman. Berdasarkan daripada hujah-hujah yang dilampirkan, The Arrivals karya Noreaaga cuba mengetengahkan suatu hipotesis; peperangan Armageddon sepertimana yang kita faham sebagai perang dunia ketiga (atau keempat) bukanlah antara Islam melawan Kristian dan Yahudi, tetapi lebih merupakan perang antara penyembah Allah dan penyembah Lucifer atau pengikut al-Masih Dajjal. Karya The Arrivals ini sungguh menarik untuk dikaji dan diteliti, sebagi persediaan para mujahid tentera Allah dalam berdepan dengan saraf pihak musuh.

Menurut the Arrivals, pada peperangan Amageddon nanti, tentera Allah akan dipimpin oleh al-Mahdi yang merupakan keturunan Nabi Muhammad dan Nabi Isa, yakni percantuman semula zuriat Nabi Ibrahim daripada kedua-dua Nabi Ismail dan Ishak. Manakala tentera kuffar dipimpin ad-Dajjal, hasil gabungan golongan elit dimensi manusia dan golongan elit dimensi syaitan.

Daripada siri video ini, banyak dibincangkan method dan identiti pelbagai kumpulan-kumpulan dan organisasi elit seperti illuminati, freemasonry,bohemian grove dan sebagainya. Identiti mereka juga ada dikaitkan dengan dinasti pemerintahan firaun dan namrud. Diskusi dan pendedahan yang dibuat amat menarik dan mengejutkan. Siri ini mudah didapati di youtube dan daripada link - thearrivals.blogspot.com/

2. Teori Sumerian VS Aryan

Diskusi tentang teori ini lebih classified dan rare. Banyak references telah dicover-up oleh pelbagai agensi kerajaan seluruh dunia. Daripada apa yang dapat saya kutip dan simpulkan, pada awal tamadun manusia, sewaktu sebelum banjir besar Nabi Nuh lagi, terdapat 2 tamadun paling utama di dunia, Tamadun Sumeria di lembah tigris euphrates dan Tamadun Arya di lembah Indus. 2 Tamadun ini saling bertelagah dimana kaum aryan beragama hindu manakala kaum sumeria yang pernah berhubung dengan semites beragama langit (dengan pelbagai deviation dari masa ke semasa). Teori ini cuba mengungkit pelbagai konflik dan pertembungan dua tamadun besar ini hingga kepada krisis holocaust dan genocide yang kononnya merupakan dendam daripada 2 tamadun purba ini. Hitler katanya merupakan keturunan Aryan yang cuba membasmi golongan semites dan sumerians yang didakwa sebagai hasil gagal teori evolusi.

3.Teori reptilian daripada David Icke

Sewaktu first encounter saya dengan teori ini, saya amat terperanjat. Menurut David Icke, golongan elit di dunia ini dikawal reptilia yang berubah rupa daripada sistem galaksi alpha draconis. Menurut beliau, makanan reptilia ini adalah rasa takut dan huru-hara. Pada saya teori ini memang tidak masuk akal kecuali beberapa aspek menarik yang cuba beliau bawa. Menurut beliau, kewujudan makhluk reptilia ini telah muncul beribu-ribu tahun yang lampau. Tamadun China dan Jepun mengiktiraf kewujudan Loong atau ShenLong sebagai dewa ular. Tamadun Hindu dan Buddha sekitar India dan Asia tenggara percaya akan kewujudan Naga yang boleh berupa manusia (recall naga tasik chini,naga kayangan dll). Begitu juga di lain-lain tempat di dunia dalam bentuk medusa, naga terbang, ular besar dll. Nabi Muhammad ada menyebut (mafhum) dikalangan jin ada yang berupa ular, anjing dan berterbangan di udara. Pada saya, boleh jadi sahaja teori ini ada huraian yang lebih baik.

4. Teori Planet X Nibiru 2012

Teori ini mengisahkan hasil ramalan puak Mayan yang menyebut akhir planet Bumi ini adalah pada tarikh 21 Disember 2012. Ramalan puak Mayan ini memang terkenal dengan perincian dan ketepatannya. Wallahu A`lam sejauh mana kebenarannya. Teori ini menyebut Planet X atau Nibiru merupakan planet ke 10 dalam sistem solar kita. Orbit planet ini berbentuk epliptikal dan melintangi orbit planet-planet lain. Pada 2012 katanya, planet ini akan berada dekat dengan bumi sehingga mampu mengganggu status kutub bumi, menyebabkan bumi akan berputar daripada arah berlawanan. Menurut beberapa sumber, puak Mayan juga berasal daripada Planet Nibiru dan Planet ini juga disahkan kewujudannya oleh pelbagai pihak astronomer. Lokasi planet ini disembunyikan di google earth tetapi boleh dilihat menggunakan perisian lain.

5. Teori Nephilim Rapheim dll

Teori ini mungkin agak asing di mata rakan-rakan, tetapi amat popular dikalangan masyarakat kristian dan yahudi. Menurut Genesis (perjanjian lama), the fallen angels telah membenihkan golongan gergasi di bumi melalui rahim manusia. Sebanyak 409,000 gergasi ini kemudiannya dimusnahkan Allah dalam kisah Banjir Nabi Nuh. Saki baki yang tinggal kebanyakannya menjadi pahlawan dan perwira yang kuat, menjadi raja dan pemerintah berkuasa, sehingga menjadi lagenda di seluruh pelusuk dunia. Di Yunani purba kita ada mendengar kisah Hercules, Zeus, Dionysus dan lain-lain sebagai demigods. Di mesopotamia, kisah annunaki dalam epik gilgamesh, dalam lagenda hindu terdapat hikayat krishna dan pelbagai lagi kisah gergasi seluruh dunia. Bagi rakan-rakan kelate mungkin ada terdengar dongeng-dongeng jin sejuta alam, hikayat hanuman dll daripada wayang kulit.Daripada nephilim ini juga, pemerintah terkenal seperti puak amonites,firaun,namrud terhasil.Mereka ini kemudiannya setelah beberapa ketika menjadi pemerintah dunia moden seperti Ratu Britain, presiden Amerika, golongan mason dan lain-lain. Bible juga berkongsi sebuah kisah dengan al-Quran tentang gergasi. Sewaktu Nabi Musa membawa Bani Israel ke tanah yang dijanjikan, Bani Israel menyebut kewujudan Qaum Jabbarin, (Bible menyebut nephilim).

Minat mendalam saya pada kajian anthropology dan sejarah peradaban dunia menemukan saya pada pelbagai teori ini. Dalam ilmu perbandingan agama, isu-isu seperti teori konspirasi dunia juga perlu dikuasai para du`at dalam persediaan berdakwah. Isu-isu berkaitan tanda-tanda besar qiamat pula amat penting buat persediaan kita umat Islam. Semoga usaha saya menyediakan sedikit hasil kajian saya menimbulkan minat rakan-rakan du`at untuk terus menggali dan meneroka rahsia umat terdahulu sebagai teladan bersama.

Ingin saya nyatakan di sini, apa yang di senaraikan di atas bukanlah fakta tetapi hanyalah teori-teori, hipotesis-hipotesis yang disandarkan pada bukti-bukti yang tidak seberapa. Yang mengetahui hakikatnya hanya Rabb yang menciptakan segala sesuatu. Saya buka kepada sebarang perkongsian dan komen saran yang membina, Insya Allah


No comments:

Antara mata dan Hati-HIJJAZ


Bila melihat alam yang indah ini
tidak terasa kebesaran Allah
Bila mendapat musibah lupa dirinya hamba
Nikmat yang datang tiada rasa darinya
Sepatutnya rasa malu kepadaNya
kerana anugerah kepada kita
membuat dosa rasa kekesalannya
Buta hati lebih merbahaya
Buta mata tidak nampak dunia
Buta hati tidak nampak kebenaran
Buta hati ditipu nafsu dan syaitan
Bahkan dilupakan saja
semua orang rasa bangga dengan dosa
bila menyebut neraka tidak terasa akan gerunnya
bila menyebut syurga tidak terasa akan nikmatnya
Itu membuktikan jiwa kita MATI atau BUTA

innassolaata kanat ala al-mu'minina kitaaban mauquta