Thursday, June 11, 2009

Respon kepada cadangan Kementerian Pelajaran

Bahasa Inggeris syarat lulus SPM?
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin Yassin telah mencadangkan agar subjek Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk mendapat kelulusan peperiksaan SPM. Menurut beliau, pelajar tidak serius mempelajari Bahasa Inggeris kerana ianya bukan merupakan syarat untuk lulus SPM.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, cadangan itu dilihat berat sebelah kerana subjek Pendidikan Islam tidak pula menjadi syarat kelulusan SPM. Cadangan tersebut juga disangkal memandangkan ia akan menyusahkan pelajar-pelajar luar bandar untuk lulus SPM.
Pada pandangan penulis, selayaknya isu PPSMI perlu diselesaikan terlebih dahulu oleh pihak kerajaan sebelum mencadangkan cadangan yang lebih memeningkan semua pihak. 7 tahun lepas, kedengaran keluhan guru-guru yang terpaksa mengajar subjek matematik dan sains menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Manakala buku teks dan buku rujukan dwibahasa pula diterbitkan, membebankan ibubapa pelajar dan pihak sekolah.
Pelajar-pelajar di Malaysia kini mencapai tahap kelulusan sekitar 70%, tanpa perlu lulus dalam subjek bahasa Inggeris. Dengan pelaksanaan cadangan eksperimen ini, tahap kelulusan pelajar luar bandar diramal akan jatuh merudum.Sebelum pelaksanaan cadangan bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM, pelajar yang tidak lulus SPM masih boleh mendapat kerja di syarikat-syarikat yang hanya mensyaratkan sijil SPM tanpa syarat lulus Bahasa Inggeris. Selepas pelaksanaan cadangan ini, pelajar-pelajar tersebut tidak akan diterima bekerja lagi, kerana gagal didalam SPM gara-gara kegagalan dalam subjek Bahasa Inggeris.Kadar pengangguran dalam negara akan bertambah dan bilangan pelajar yang menyambung pengajian ke IPTA dan IPTS akan mula berkurang, kesan daripada pelaksanaan cadangan ini.
Sebetulnya, masalah penguasaan Bahasa Inggeris bukanlah masalah yang terpenting dalam sistem pendidikan negara kita, tetapi apa yang lebih penting untuk diselesaikan adalah krisis moral dikalangan pelajar yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Pendekatan membentuk sahsiah dan akhlak pelajar perlu lebih utama ditekankan. Metodologi pelaksanaan sistem pendidikan negara seharusnya lebih memfokuskan ke arah memperkasakan nilai akhlak dan moral pelajar. Cara ini dilihat dapat meningkatkan sifat hormat pelajar kepada guru, mengurangkan kes-kes disiplin dan statistik jenayah juvana, membentuk masyarakat yang penyayang dan sekaligus memotivasikan pelajar-pelajar dan guru-guru agar lebih bersungguh-sungguh menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran.Antara cadangan yang baik bagi mengatasi krisis ini ialah pelaksanaan sistem pemarkahan akhlak dan moral bagi setiap pelajar. Penilaian boleh dibuat oleh guru tingkatan dan guru disiplin daripada tingkatan 1 lagi dan akan dibawa ke tingkatan 5 sebagai "carry mark" SPM dan disahkan Guru Penolong Kanan HEP dan Pengetua.
Metod ini ada dilaksanakan di universiti-universiti awam dan swasta sebagai rujukan pihak kementerian.
Penulis menyeru kepada pembaca yang prihatin agar turut menyampaikan pandangan dan saranan kepada Kementerian Pelajaran di 03-77237070 atau e-mel di kpkpm@moe.gov.my.

No comments:

Antara mata dan Hati-HIJJAZ


Bila melihat alam yang indah ini
tidak terasa kebesaran Allah
Bila mendapat musibah lupa dirinya hamba
Nikmat yang datang tiada rasa darinya
Sepatutnya rasa malu kepadaNya
kerana anugerah kepada kita
membuat dosa rasa kekesalannya
Buta hati lebih merbahaya
Buta mata tidak nampak dunia
Buta hati tidak nampak kebenaran
Buta hati ditipu nafsu dan syaitan
Bahkan dilupakan saja
semua orang rasa bangga dengan dosa
bila menyebut neraka tidak terasa akan gerunnya
bila menyebut syurga tidak terasa akan nikmatnya
Itu membuktikan jiwa kita MATI atau BUTA

innassolaata kanat ala al-mu'minina kitaaban mauquta