Thursday, May 8, 2008

Studi dan studentlife -part1



Bismillahirrahmanirrahim

Bila diminta berkongsi tips-tips studi yang ana amalkan, dahi ana berkerut, memerah-merah otak.Apa yang aku dah buat selama ni ek? Merasakan ana xbanyak bezanya dengan sahabat-sahabat lain dari segi teknik (yelah,duduk sebilik,sama-sama huha-huha,studi last minit) ana xrasa banyak yang ana dapat kongsi.

Stephen R. Covey ada mengingatkan pembacanya dalam bahagian-bahagian awal bukunya; the 7 habits of highly effective people, supaya mempunyai beberapa setting minda sebelum meneruskan pembacaan. Antaranya yang paling penting, bacalah setiap habit-habit (atau dalam situasi kita-buku pelajaran) dengan niat akan mengajar apa yg kita baca kepada sesiapa yang terdekat ; roommate,classmate atau adik-adik dalam masa kurang dpd 48 jam. Dalam ertikata lain, beliau mahukan kita mempunyai minda pengajar!

Apa yang signifikan dengan teknik membaca begini?
Dengan mengubah niat kita, daripada sekadar nak baca untuk nak cukupkan syarat "aku dah baca" atau "aku dah habiskan buku ni", kita akan membaca dengan lebih fokus dan cermat. Selain itu, ingatan kita dan kefahaman kita akan lebih mendalam, perspektif kita akan lebih meluas dan kita akan lebih termotivasi utk mengamalkan apa yang kita baca.

Apa pentingnya pre-class reading?kenapa susah sangat nak membaca sebelum kelas? apa patut saya buat?!

Menjawab persoalan ini, mari kita sama-sama membayangkan muka kawan-kawan kita yang mendapat pointer yang cemerlang, yang pernah sekelas dengan kita. Bagaimana mereka di dalam kelas?
Adakah mereka mendengar kuliah dengan muka letih dan mengantuk (seperti yang biasa kita amalkan) atau dengan penuh fokus dan teliti? Dan tentunya kita hairan dengan kepick-upan mereka dan juga soalan-soalan yang mereka ajukan kepada lecturer.Dahlah dalam kelas banyak tanya, lepas kelas gi kejar lecturer pulak, bagaikan paparazzi mengejar artis utk mendapatkan berita sensasi gayanya. Lalu kita bertanya sesama set-set kita,"ei, kenapa dia tu pandai sangat eh? Dengar lecturer mengajar sekejap pun dah faham banyak. Kenapa kita x macam dia ek??"

1 fakta yang mesti kita yakini , mereka BUKANNYA GENIUS! Kalau genius mesti dah masuk paper punya.Mereka cuma kelihatan pintar dan pick-up.

Rahsia mereka hanyalah pre-class reading,(selain beberapa tips lain yang kita akan kongsi kemudian,BiIzniLlah). Pre-class reading akan membentuk basic overview tentang subjek yang kita kan pelajari, dan juga memunculkan 1001 persoalan di dalam kepala kita (kerana kita bukannya genius,nak faham semua dengan sekali baca). Catat persoalan-persoalan tersebut, kerana dalam kelas nanti, kita akan pastikan jawapan-jawapannya kita peroleh.Lebih baik jika kita lakarkan sedikit mind map tentang apa yg kita fahami drpd bacaan kita. (Rujuk buku-buku karangan Tony Buzan untuk skill mind mapping, ana xde buku tu,hehe bagitau awal-awal ni)

Seterusnya, pergi ke kelas macam biasa dan langkah masuk ke dalam kelas dengan Bismillah (besar rahsianya bacaan Basmalah ni, nanti kita akan bincangkan, Insyallah). Kita akan sama-sama kagum dengan kepick-upan dan kepandaian kita di saat itu.Hanya dengan sedikit persediaan sebelum kelas, paling lama pun 10 minit!

Mengimbau kembali respon saudari zaiton dalam sebuah mesyuarat, bila beliau ditanya bagaimana hendak menghasilkan atau mewujudkan persoalan-persoalan atau idea-idea yang baik dalam mesyuarat atau kelas, beliau menjwab, "kita harus belajar banyak bertanya terlebih dahulu."

Belajarlah bertanya rakan-rakan dan lecturer. Diluar kelas, rakan yang pintar adalah sifu, di dalam kelas, tentulah lecturer sebagai sifu. Kedapatan beberapa rakan yang wujud beberapa persoalan dlm kepalanya sewaktu di dlm kelas, tapi xberani bangun, (mungkin kerana malu soalannya bodoh sangat, atau malu dengan bahasa inggerisnya lemah). 1 fakta yang perlu kita yakini: Ramai lecturer yang SAYANG pada pelajar yang bertanya, terutamanya yang lemah berbahasa inggeris! mungkin ramai yang merasa pelik, ana pun pelik jugak, tapi itulah faktanya. Mulakanlah hari esok sebagai orang yang baru, yang penuh dengan azam dan keyakinan, InsyaALLAH!

To be continued


Antara mata dan Hati-HIJJAZ


Bila melihat alam yang indah ini
tidak terasa kebesaran Allah
Bila mendapat musibah lupa dirinya hamba
Nikmat yang datang tiada rasa darinya
Sepatutnya rasa malu kepadaNya
kerana anugerah kepada kita
membuat dosa rasa kekesalannya
Buta hati lebih merbahaya
Buta mata tidak nampak dunia
Buta hati tidak nampak kebenaran
Buta hati ditipu nafsu dan syaitan
Bahkan dilupakan saja
semua orang rasa bangga dengan dosa
bila menyebut neraka tidak terasa akan gerunnya
bila menyebut syurga tidak terasa akan nikmatnya
Itu membuktikan jiwa kita MATI atau BUTA

innassolaata kanat ala al-mu'minina kitaaban mauquta