Friday, January 2, 2009

Angel dan Photon

Bismillahirrahmaanirrahim

Post ini adalah sekadar sebuah saran pendapat, tidak semestinya diterima sebagai fakta. Sebarang komen dan perkongsian amat dialu-alukan.


Saintis telah meramalkan usia alam semesta ini sekitar 13.7 billion tahun semenjak teori big bang yang mana telah di hipotesiskan sejak penciptaan hubbble telescope. Berikut diceritakan dengan serba ringkas time-line alam semesta bermula dari beberapa nanosaat selepas letupan sehingga ramalan akhir- big crunch dan big rip of the universe!

TIMELINE OF UNIVERSE
Semenjak letupan pertama, alam semeta dipenuhi higgs bosons, yang mana interaksi antara pelbagai boson ini menyebabkan terhasilnya virtual quarks dan hyperons. Seketika kemudian, yakni beberapa mikrosaat kemudian, plasma-plasma partikel terbentuk dalam keadaan yang amat tidak stabil, antaranya adalah quark guon plasma. Setiap tempoh ketika ini dipanggil epoch, dan saintis meramalkan dalm teori ini sekurang-kurangnya terdapat 10 epoch sebelum terbentuknya apa yang dinamakan sebuah bintang.


Apa yang saya ingin perkenalkan di sini ialah kewujudan photon epoch yang memakan masa yang amat lama selepas letupan big bang iaitu daripada 3 minit pertama sehinggalah 380 000 tahun kemudian. Apa yang photon-photon ni buat? Apa tu photon?


Di dalam photon epoch, alam semesta yang pada asalnya amat panas dan kecil telah menyaksikan pelbagai reaksi drastik dengan terbentuknya photon-photon yang bergerak secara mendatar dan serata. Suhu mula jatuh dengan ketara sehingga nukleus atom mula terbentuk. Proses nucleosynthesis ini amat crucial, di mana nukleus atom yang terdiri daripada neutron dan proton terhasil. Daripada nukleus ini, terhasillah apa yang kita panggil unsur atau elemen seperti hidrogen dan helium.


Pada waktu itu, hanya 4 daya agung yang berperanan kerana tempat dan masa belum betul-betul ada iaitu daya graviti, daya nukleus besar, daya nukleus kecil dan daya elektromagnetik. Pada posting akan datang, akan saya huraikan daya elektromagnetik dan hubungannya dengan ketentuan dan ketetapan Allah, insya Allah.


Akibat 4 daya agung tersebut, berlakunya beberapa kejadian collapse dan reionization sehingga terbentuk quasar, star dan galaksi, dan beberapa belas billion tahun kemudian adalah present day..


Berikutnya, menurut Hawkin dan Einstein, akan berlaku kejadian big freeze di mana bintang-bintang telah habis menggunakan tenaganya dan terlalu banyak terbentuknya jirim hitam dan lubang hitam. Pada waktu tersebut, diramalkan 10 000 billion tahun, atau mungkin lebih awal, alam semesta akan mengecut dan digulungkan seperti pada awalnya. Proses proton decay yang berlaku beberapa split seconds selepas itu membebaskan photon dan lepton dan akhirnya alam memasuki fasa big crunch...

berbalik kepada perbincangan asal,

apa itu photon?
Photon secara mudahnya kita fahami sebagai paket cahaya, merupakan basic unit of light, yang mempamerkan ciri-ciri dualiti gelombang-partikel. atau dalam bahasa kampungnya, photon ni ada sifat gelombang macam cahaya atau bunyi dan jugak ada sifat partikel macam corak air bila kita lontar batu, atau apa lagi eh..entahlah, macam partikel lah.


1 lagi sifat photon ialah ia seolah-olah mampu memproses data! haaa... jangan tak tau. Kalau kita lalukan photon pada 2 celah (macam kat matrik dulu ada eksperimen ni) ia akan exhibit corak selang seli. Bila kita tembak kat satu celah, pastu kita pause dan tembak lagi kat celah yang sebelah lagi, buat secara berturut-turut, kita akan dapati coraknya adalah selang seli jugak, seperti cahaya tu macam tau-tau je ia datang dari 1 sumber.


Ada banyak lagi sifat photon ni. Halaju photon sama macam cahaya, merambat lurus, boleh membawa maklumat macam dalam kabel optik, dan keterlibatannya dalam teori penciptaan alam adalah amat mengagumkan.

Dalam photon epoch, photon telah dilambatkan dan disejukkan sehingga terbentuknya nukleus bagi atom, seolah-olah Allah melambatkan photon dalam penciptaan atom, dan secara mudahnya kita faham, tubuh kita ni seolah-olah dicipta daripada cahaya yang dilambatkan dan mengandungi kandungan tenaga yang sangat tinggi. Konotasi sifat photon dan sifat malaikat amatlah jauh, tetapi masih mampu dihubungkaitkan.

Hubungkait Photon dan Angel
Dalam surah an-Najm allah memperihalkan sifat malaikat Jibril sebagai sangat kuat, yang mempunyai kuasa dan adil, dan dia berada di ufuk yang paling tinggi maka (tiba-tiba) dia berada dihadapan nabi dengan jarak yang amat dekat sekitar dua busur atau lebih dekat daripada itu (cepat).

Jibril digambarkan sebagai cepat, gagah, adil, tidak memungkiri Allah dan membawa wahyu, dalam sebuah hadith digambarkan dengan memiliki 600 sayap, ada masanya jibril dalam bentuk asalnya, ada masanya dalam bentuk yang dapat nabi lihat, mungkin dalam bentuk manusia.

Photon pula digambarkan dengan lurus, cepat, mengandungi tenaga yang amat tinggi, dan memiliki dualiti gelombang partikel, yang mana ada masanya boleh dilihat sebagai partikel dan ada ketika ia sebagai gelombang. Photon juga boleh membawa maklumat dan memproses data.

Pernah saya tanyakan Bro Shah Kirit tentang hal ini, dia mengangguk dan cakap akan dibincang dalam lain waktu.
Pernah juga saya tanyakan pada Syeikh Ibrahim, lalu beliau menjawab Allah memang menciptakan cahaya dalam pelbagai martabat dan peringkat, antara yang paling tinggi adalah Nur Muhammad, dan dalam surah an-Nur disebut cahaya atas cahaya (yang lain).

Wallahu a'lam..

Thursday, May 8, 2008

Studi dan studentlife -part1



Bismillahirrahmanirrahim

Bila diminta berkongsi tips-tips studi yang ana amalkan, dahi ana berkerut, memerah-merah otak.Apa yang aku dah buat selama ni ek? Merasakan ana xbanyak bezanya dengan sahabat-sahabat lain dari segi teknik (yelah,duduk sebilik,sama-sama huha-huha,studi last minit) ana xrasa banyak yang ana dapat kongsi.

Stephen R. Covey ada mengingatkan pembacanya dalam bahagian-bahagian awal bukunya; the 7 habits of highly effective people, supaya mempunyai beberapa setting minda sebelum meneruskan pembacaan. Antaranya yang paling penting, bacalah setiap habit-habit (atau dalam situasi kita-buku pelajaran) dengan niat akan mengajar apa yg kita baca kepada sesiapa yang terdekat ; roommate,classmate atau adik-adik dalam masa kurang dpd 48 jam. Dalam ertikata lain, beliau mahukan kita mempunyai minda pengajar!

Apa yang signifikan dengan teknik membaca begini?
Dengan mengubah niat kita, daripada sekadar nak baca untuk nak cukupkan syarat "aku dah baca" atau "aku dah habiskan buku ni", kita akan membaca dengan lebih fokus dan cermat. Selain itu, ingatan kita dan kefahaman kita akan lebih mendalam, perspektif kita akan lebih meluas dan kita akan lebih termotivasi utk mengamalkan apa yang kita baca.

Apa pentingnya pre-class reading?kenapa susah sangat nak membaca sebelum kelas? apa patut saya buat?!

Menjawab persoalan ini, mari kita sama-sama membayangkan muka kawan-kawan kita yang mendapat pointer yang cemerlang, yang pernah sekelas dengan kita. Bagaimana mereka di dalam kelas?
Adakah mereka mendengar kuliah dengan muka letih dan mengantuk (seperti yang biasa kita amalkan) atau dengan penuh fokus dan teliti? Dan tentunya kita hairan dengan kepick-upan mereka dan juga soalan-soalan yang mereka ajukan kepada lecturer.Dahlah dalam kelas banyak tanya, lepas kelas gi kejar lecturer pulak, bagaikan paparazzi mengejar artis utk mendapatkan berita sensasi gayanya. Lalu kita bertanya sesama set-set kita,"ei, kenapa dia tu pandai sangat eh? Dengar lecturer mengajar sekejap pun dah faham banyak. Kenapa kita x macam dia ek??"

1 fakta yang mesti kita yakini , mereka BUKANNYA GENIUS! Kalau genius mesti dah masuk paper punya.Mereka cuma kelihatan pintar dan pick-up.

Rahsia mereka hanyalah pre-class reading,(selain beberapa tips lain yang kita akan kongsi kemudian,BiIzniLlah). Pre-class reading akan membentuk basic overview tentang subjek yang kita kan pelajari, dan juga memunculkan 1001 persoalan di dalam kepala kita (kerana kita bukannya genius,nak faham semua dengan sekali baca). Catat persoalan-persoalan tersebut, kerana dalam kelas nanti, kita akan pastikan jawapan-jawapannya kita peroleh.Lebih baik jika kita lakarkan sedikit mind map tentang apa yg kita fahami drpd bacaan kita. (Rujuk buku-buku karangan Tony Buzan untuk skill mind mapping, ana xde buku tu,hehe bagitau awal-awal ni)

Seterusnya, pergi ke kelas macam biasa dan langkah masuk ke dalam kelas dengan Bismillah (besar rahsianya bacaan Basmalah ni, nanti kita akan bincangkan, Insyallah). Kita akan sama-sama kagum dengan kepick-upan dan kepandaian kita di saat itu.Hanya dengan sedikit persediaan sebelum kelas, paling lama pun 10 minit!

Mengimbau kembali respon saudari zaiton dalam sebuah mesyuarat, bila beliau ditanya bagaimana hendak menghasilkan atau mewujudkan persoalan-persoalan atau idea-idea yang baik dalam mesyuarat atau kelas, beliau menjwab, "kita harus belajar banyak bertanya terlebih dahulu."

Belajarlah bertanya rakan-rakan dan lecturer. Diluar kelas, rakan yang pintar adalah sifu, di dalam kelas, tentulah lecturer sebagai sifu. Kedapatan beberapa rakan yang wujud beberapa persoalan dlm kepalanya sewaktu di dlm kelas, tapi xberani bangun, (mungkin kerana malu soalannya bodoh sangat, atau malu dengan bahasa inggerisnya lemah). 1 fakta yang perlu kita yakini: Ramai lecturer yang SAYANG pada pelajar yang bertanya, terutamanya yang lemah berbahasa inggeris! mungkin ramai yang merasa pelik, ana pun pelik jugak, tapi itulah faktanya. Mulakanlah hari esok sebagai orang yang baru, yang penuh dengan azam dan keyakinan, InsyaALLAH!

To be continued


Antara mata dan Hati-HIJJAZ


Bila melihat alam yang indah ini
tidak terasa kebesaran Allah
Bila mendapat musibah lupa dirinya hamba
Nikmat yang datang tiada rasa darinya
Sepatutnya rasa malu kepadaNya
kerana anugerah kepada kita
membuat dosa rasa kekesalannya
Buta hati lebih merbahaya
Buta mata tidak nampak dunia
Buta hati tidak nampak kebenaran
Buta hati ditipu nafsu dan syaitan
Bahkan dilupakan saja
semua orang rasa bangga dengan dosa
bila menyebut neraka tidak terasa akan gerunnya
bila menyebut syurga tidak terasa akan nikmatnya
Itu membuktikan jiwa kita MATI atau BUTA

innassolaata kanat ala al-mu'minina kitaaban mauquta